Selamat Hari Raya 09ADG ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam yang merayakannya.

Berbilang kaum hidup bersama,
Bersopan-santun amatlah mesra,
Tak kira bangsa juga agama,
Aidilfitri disambut dengan gembira.

Di sini kami ingin mengambil kesempatan  untuk memohon ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran kami sama ada dari segi kata-kata di dalam blog ini secara langsung atau tidak langsung.

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan.


IMG_0849IMG_0853IMG_0861IMG_0865

Latihan yang dibuat pada hujung minggu ini tadi. Perlu bagi ‘minyak pelincir’ kat badan bebudak yang dah berkarat kerana hampir 2 bulan tidak menari.

Latihan  ini dijalankan untuk untuk persediaan Hari Anugerah Cemerlang dan Hari Graduasi Tingkatan 6 yang akan diadakan dua hari berturut-turut pada hujung bulan Oktober ini. Perlu menyediakan 2 tarian – tarian tradisional kreatif dan tarian moden.  Tarian tradisional kreatif sudah pun siap dalam hujung minggu ini tadi, dan minggu selepas Hari Raya pula, mula mengajar tarian moden.

Mengenai pertandingan tarian di Kampung Budaya Sarawak, entah apa pula kisahnya. Entahkan jadi, entahkan tidak. Ada siapa-siapa maklumat terkini berkenaan pertandingan tersebut?

IMG_0870IMG_0882

Banner MerdekaTugu ManusiaGambar di atas, yang melambangkan Tugu Negara oleh perajurit kita, diambil semasa sesi latihan di Stadium Perpaduan di Kuching Sarawak sempena sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Sarawak 2009.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2009 dari ADG kepada semua warga Malaysia! (Ke-52 bagi Semenanjung – 31 Ogos dan  Ke-46 bagi Sabah & Sarawak – 16 Sept)

FEJA 2009

Festival Joget Asli UiTM 2009, Piala Pengarah Kampus UiTM Perlis telah berlangsung pada 7 – 9 Ogos 2009. Festival tersebut  julung kalinya dilaksanakan dan menjadikan UiTM Kampus Perlis selaku tuan rumah penganjuran bagi UiTM seluruh Malaysia. Festival tersebut bertujuan untuk mendedahkan kebudayaan masyarakat di Malysia dan membawa nama UiTM sebagai universiti yang turut memartabatkan seni dan budaya.

(more…)

IMG_0797x_resize

Majlis Raja

Mesyuarat Majlis Raja-Raja berlangsung di Kuching pada 27 dan 28 Julai ini. Mesyuarat Raja-Raja selama dua hari itu dihadiri Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, Sultan-Sultan dan Raja, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri. Ia dijadualkan berlangsung di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang baru di Petra Jaya yang terletak di tebing Sungai Sarawak.

ADG telah diberi penghormatan untuk membuat Persembahan Kebudayaan di Majlis Makan Malam Santapan Negeri Sempena Persidangan Raja-Raja Ke-218 pada malam 28 Julai, di Dewan Santapan DUN yang lama. ADG diminta untuk mempersembahkan Tarian Zapin Sebat yang mana melambangkan identiti Melayu Sarawak dan juga Zapin Fusion yang pernah dipersembahkan oleh ADG di tempat yang sama awal tahun ini.

DSC00681_resizeDi samping itu, ada beberapa persatuan (Cina, India, Melayu dll) dan jemputan khas akan juga membuat persembahan pada malam itu. Salah satunya ialah UiTM Sarawak yang akan membawa tarian Melanau. Pihak UNIMAS (Bayu Tari) juga terlibat dengan membuat persembahan untuk jamuan Hi-Tea Majlis Raja-Raja pada petang itu di Hotel Four Points, bersama-sama dengan Sekolah Seni Kuching.

Berikut adalah gambar-gambar ADG yang diambil pada malam tersebut:

(more…)

Kesenian Sabah

Keputusan bagi acara ini yang telah diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya KL pada 28-31 Julai lepas:

Johan Keseluruhan – Kumpulan Pertubuhan Budaya Kinabalu

(more…)

DSC04243 tinyGambar-gambar berikut adalah yang diambil pada 23-24 Julai yang lalu, di persekitaran latihan dan raptai persembahan tersebut, di Dewan Undangan Negeri yang lama.

(more…)

King & Queen 2

Marlon Dass ak Noel & Leca ak Udin

Pada 18 Julai lalu, para penari ADG telah menganjurkan Majlis Makan Malam yang dihadiri oleh kira-kira 40 orang ahli. Para jemputannya ialah guru pembimbing ADG. Acara ini bermula jam 8 malam dan berakhir kira-kira jam 10.30 malam.

Tema malam tersebut ialah ‘Hawaiian’ (tetapi wajib mengunakan baju t-shirt ADG), jadi semua dikehendaki menggunakan pakaian yang melambangkan alam semulajadi, terutamanya pakaian yang bercorak flora. ‘King and Queen of the Night’ akan dipilih berdasarkan pakaian yang menepati tema dan kekreatifan mereka. Gurulah yang menjadi hakimnya pada malam tersebut.

(more…)

Sabah

Johan Sekolah Menengah (Maktab Sabah) - Hakmilik thetagaps.blogspot.com

SMK Pending Kebangsaan 09Keputusan pertandingan bagi Sekolah Menengah:

1. Johan :
Negeri Sabah
2. Naib Johan :

Negeri Johor
3. Ketiga :

Negeri Sarawak (SMK Pending, Kuching)

Tarian Rampaian Terbaik:
Negeri Sabah
Tarian Etnik/Rakyat Terbaik :

Negeri Sabah
Anugerah Khas Juri:

Negeri Kedah

Keputusan pertandingan bagi Sekolah Rendah:

1. Johan : Negeri Selangor
2. Naib Johan :
WP Kuala Lumpur
3. Ketiga :
Negeri Sabah

Tarian Rampaian Terbaik: Negeri Selangor
Tarian Etnik/Rakyat Terbaik :
Negeri Selangor
Anugerah Khas Juri :
Negeri Pulau Pinang

Pertandingan ini dijalankan di Hotel StarCity Alor Setar Kedah, yang  juga merupakan tempat penginapan para peserta. Untuk sekolah menengah, ianya dijalankan di Grand Star Ballroom manakala bagi sekolah rendah pula, di City Ballroom. Pertandingan sekolah rendah dan menengah yang dijalankan pada 19 Julai ini dibuat serentak di dua ballroom ini mulai pada 2.30 petang (Tarian Etnik/Rakyat) dan disambung semula pada malamnya (Tarian Rampaian Melayu). Keputusannya pula diumumkan di Majlis Penutupan pada keesokan paginya sebelum kontigen-kontigen bersurai pada hari yang sama.

Negeri Sarawak diwakili oleh pasukan dari SMK Pending dan SK Dato Traoh.

StarCity Hotel

Hotel StarCity Alor Setar, berdekatan dengan Menara Alor Setar

Hakmilik smkpending.blogspot.com

Hakmilik smkpending.blogspot.com

Berikut adalah enam video pertandingan tarian sekolah-sekolah menengah kebangsaan 2008 iaitu dari Negeri Terengganu (Johan), Negeri Selangor (Naib Johan) dan Negeri Sabah (Ketiga):

(more…)

Peringkat Akhir:

Menang Tun Jugah

Pada hari Ahad, 28 Jun yang lalu, ADG berentap semula di peringkat akhir pertandingan ini yang diadakan di Kompleks membeli belah Tun Jugah. Keputusannya, ADG A mendapat johan dengan Tarian Iban ‘Ngajat Ngalu Temuai’ manakala ADG B mendapat tempat ketiga dengan Tarian Bidayuh ‘Sigar Nyikoh Jojak.’ Tempat kedua pula disandang oleh Kumpulan Sri Bayor dengan tarian Iban mereka.

(more…)

Johan SMK Pending - diambil dari smkpending.blogspot.com

Johan SMK Pending - Gambar hakmilik smkpending.blogspot.com

Pertandingan tarian ini telah diadakan di Sarikei pada 23-25 Jun 2009. Pertandingan Tarian Peringkat Kebangsaan 2009 pula akan diadakan di Alor Setar Kedah pada 18-20 Julai ini.

Keputusannya:

(more…)

« Previous PageNext Page »