
Tarikh : 15-18 Oktober 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Canselor Tun Abdul Razak DECTAR) UKM
————————————————————————————————————-
Keputusan penuh:
1. Johan Kumpulan: UPM
2. Naib Johan: UKM
3. Ketiga: UiTM
4. Anugerah Kumpulan Kreatif Terbaik: UPM
5. Anugerah Kumpulan Tradisional Terbaik: UiTM
6. Anugerah Perekatari Terbaik Kretif: UPM
7. Anugerah Perekatari Terbaik Tradisional: UKM
8. Anugerah Kostum Terbaik Kreatif: UKM
9. Anugerah Kostum Terbaik Tradisional:UTM
10. Anugerah Sususnan Muzik Terbaik Kreatif: UiTM
11. Anugerah Sususnan Muzik Terbaik Tradisional: UKM
12. Hadiah Khas Juri: USIM
Lima Kumpulan Terbaik Keseluruhan ialah:
1. UPM
2. UKM
3. UiTM
4. UNIMAS
5. UPSI
Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul sebagai Johan pertandingan tarian di Festival Tari MAKUM 2009 yang telah diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR ) malam ini. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) muncul sebagai Naib Johan, manakala Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditempat ketiga.
Festival Tari MAKUM yang berlangsung mulai 16 Oktober lalu telah disertai oleh 20 buah IPTA telah menempilkan tarian tradisional dan tarian kreatif. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi YB Dr. Hou Kok Chung pada 16 Oktober. Manakala majlis penutup dan penyampian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Menteri II Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia YB. Senator Dr. Heng Seai Kie pada malam ini.
Menurut YB. Senator Dr. Heng Seai Kie, seni tari mampu menjadi elemen penyatuan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Penganjuran festival tari ini menurut Senator Dr Heng lagi, dapat memelihara kesinambungan serta meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang tanggung jawab untuk memperkembangkan warisan budaya kebangsaan.
Disamping pertandingan tarian, beberapa acara sampingan telah diadakan seperti persembahan nyayian oleh Noraliza Idris, Raftah Bachik. Persembahan tarian yang menampilkan konsep 1Malaysia telah dipersembahan seperti tarian klasik Cina dan India.
(Sumber : http://berita-jurufoto.blogspot.com/2009/10/ukm-naib-johan-di-festival-tari-makum.html)
(more…)