Peringkat Akhir:

Pada hari Ahad, 28 Jun yang lalu, ADG berentap semula di peringkat akhir pertandingan ini yang diadakan di Kompleks membeli belah Tun Jugah. Keputusannya, ADG A mendapat johan dengan Tarian Iban ‘Ngajat Ngalu Temuai’ manakala ADG B mendapat tempat ketiga dengan Tarian Bidayuh ‘Sigar Nyikoh Jojak.’ Tempat kedua pula disandang oleh Kumpulan Sri Bayor dengan tarian Iban mereka.
Jika ada anugerah bagi kumpulan popular pula (sayangnya tiada), gelaran itu semestinya akan disandang oleh Kumpulan The Little Warrior dengan si comelnya yang begitu lincah dan bersemangat mempersembahkan tariannya, diiringi dengan sorakan gemuruh oleh para penonton yang menyaksikan pertandingan ini pada hari tersebut.
Pada hari pertandingan tersebut, didapati beberapa kumpulan telah menukar koreografi & tarian serta kostum berdasarkan teguran yang telah diberikan. Contohnya Kumpulan Lenggang Kenyalang telah menukarkan tarian mereka dari tarian kreatif kepada tarian Orang Ulu. Bagi pihak ADG pula, pertukaran hanya sedikit sahaja, iaitu memperkemaskan tarian, selain menukar sedikit rupa kostum Iban perempuan.

Sesi foto semua kumpulan sebelum pertandingan dimulakan
Selain daripada mendapat piala, wang tunai dan penginapan di Tune Hotel, ADG juga telah diberikan baucer makanan (RM160) yang boleh digunakan di Medan Makan di tingkat atas Kompleks Tun Jugah. Apa lagi, selepas selesai sahaja pertandingan, kami semua menyerbu gerai-gerai makanan di sana dan berpesta makan sebelum balik ke Lundu. Terima kasih diucapkan kepada penganjur (Dayak Cultural Foundation) serta penaja pertandingan ini (Tun Jugah Foundation & Tune Hotel) di atas segala-galanya (terutamanya makan free!) sepanjang penganjuran pertandingan ini.



Peringkat Saringan:

Petikan dari The Borneo Post, Isnin – 2 Jun 2009
Pertandingan Tarian bersempena Perayaan Hari Gawai yang dianjurkan oleh Dayak Cultural Foundation (DCF – di bawah Tun Jugah Foundation) ini diadakan selama tiga minggu berturut-turut di ruang legar tingkat bawah pusat membeli belah Tun Jugah. Saringan pertama diadakan pada 13 Jun lalu yang menyaksikan 6 kumpulan bertanding dan 6 lagi kumpulan pada 20 Jun ini tadi. Peringkat akhir pula akan diadakan pada 28 Jun pada pukul 2.00 petang di tempat yang sama.
Pertandingan ini dibuka kepada semua kumpulan, individu atau sekolah yang berminat. Antara sekolah-sekolah yang telah mencuba nasib mereka di pertandingan ini adalah SMK Wira Penrissen, SMK Green Road, SK St. Teresa dan SMK Lundu.
Kumpulan ADG telah menghatar dua kumpulan iaitu ADG A dan ADG B, dan kedua-dua kumpulan telah berjaya memasuki peringkat akhir. Kumpulan A membawa tarian Iban ‘Ngajat Ngalu Temuai’ dan Kumpulan B membawa tarian Bidayuh ‘Sigar Nyikoh Jojak’.
Yang lainnya yang berjaya ialah Kumpulan Sri Bayor, Kumpulan Puteri Kenyalang, Kumpulan Sabri Dancers, Kumpulan Lenggang Kenyalang, Kumpulan Little Warrior dan seorang penari solo iaitu Cik Cecelia Robert Aling.

Kumpulan Saringan Pertama - 13 Jun

Kumpulan Saringan Kedua - 20 Jun

Kumpulan ADG A dan ADG B
Gambar-gambar kumpulan yang berjaya memasuki peringkat akhir pada 28 Jun ini, 2.00 petang:

Kumpulan Puteri Kenyalang

Kumpulan Sri Bayor

Kumpulan 'The Little Warrior'

Kumpulan Lenggang Kenyalang

Sabri Dancers

Cik Cecelia Robert Aling

Kumpulan Anak Dalam Gading A

Kumpulan Anak Dalam Gading B
Thursday, July 23, 2009 at 5:00 pm
eeee….best nyee..
sexy nye psang man…yg
bwa prang 2 spa ye?
hehe…
Monday, September 7, 2009 at 7:47 pm
fred yo!! kostum klaz…fire burning sgt!!
VAMP: Asyik2 Fred dapat pujian. Org yg design, beli/pilih kostum, jahit, jaga, cuci & maintain tak pulak dipuji. Balik2 pada Fred gak…
(jeles nih!)
Wednesday, September 9, 2009 at 8:18 pm
adeh..aok eh!! KOSTUM KCK…makeup best..miak pun ok maeti cikgu nya bait hati koh!! tahun tok kitak org mseti beli BIO AURA!!! sak kck gi atas pentas..vampire sori erk!! fred ajak2 kena puji!! minta puji..hehe gurau jak ..kmk doa tahun depan polah bagus2..PLZ!! kasi gegar gik bah…
Wednesday, September 9, 2009 at 8:20 pm
byk silap taip eh..sory