
Kumpulan Penari & Guru Pembimbing yang ke Johor
ADG telah diberi penghormatan untuk mewakili Sekolah Menengah dari Sarawak untuk ke Johor pada Sabtu, 15 November 2008 bersempena Perhimpunan Kanak-kanak & Remaja Merdeka 2008. 10 orang pelajar dan 2 orang guru pembimbing akan berada di sana dari 15-22 November dan menginap di Hotel Selesa.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk kanak-kanak dan remaja yang datang dari seluruh negara ialah:
1. Persembahan Tunas Seni Budaya pada 21 Nov – 2.30pm, yang merupakan kemuncak perhimpunan ini.
2. Pertandingan Karaoke Lagu Patriotik. Saringan pada 16 Nov manakala akhir ialah pada 21 Nov, 8.00 pagi.
3. Kejohanan Congkak. Saringan pada 16 Nov – sepanjang hari. Akhir pula pada 21 Nov – 8 pagi.
4. Pertandingan Mewarna sepanjang pagi pada 21 Nov.
5. Pameran Seni & Budaya juga sepanjang hari pada 21 Nov.

Berlatih tarian yang akan dibawa dengan diiringi lagu-lagu patriotik

Sedang rehat
ADG telah diberi penghargaan untuk mencari bakat-bakat pelajar yang boleh bermain congkak, menyanyi dan menari sekali untuk menyertai pertandingan tersebut. Bayangkan betapa kelam kabutnya mencari ahli kelab yang berbakat dalam ketiga-tiga perkara sekaligus. Tapi itulah cabarannya. Diharapkan ada kejayaan yang akan dicapai.

Jom pegi Johor Bahru! Yeah!
Thursday, November 13, 2008 at 11:44 am
jumpa d johor…
welcome to gerbang perdana….
Tuesday, November 18, 2008 at 5:13 pm
tarian aper yg dpersembahkan oleh adg kat johor nanti….uploadlh shw korang kr sane? im very proud kalo korang bwk sigar nikoh jojah…. meriah….
ewek83 : Takda tarian macam tu dibawa kat sana. Tarian yang diajar melalui modul video yang telah dirakam oleh JSBN dari setiap negeri…
Friday, December 12, 2008 at 5:55 pm
missing u guys.
err…
from karnival remaja dan kanak-kanak 2008.
u guys are super talented ;]
VAMP:
Thanks!
Friday, September 25, 2009 at 4:16 pm
hey….
saya aelly penari kuala lumpur….
saya harap kita akan berjumpa nanti…