Pada 28 Januari yang lalu, pasukan ADG sekali lagi telah dijemput untuk membuat persembahan tarian bersempena dengan Majlis Pelancaran MyIX dan Pusat Jalur Lebar Komuniti Peringkat Negeri Sarawak yang dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Masyarakat Daerah Lundu. Pasukan ADG telah menerima jemputan untuk membuat persembahan seminggu sebelum hari kejadian. Tarian yang dibawa berjudul ‘Sembah Gading.’
Pada mulanya, pemilihan telah dibuat beberapa hari sebelum persembahan. Bilangan penari yang telah dipilih ialah seramai 8 orang penari lelaki dan 9 orang penari perempuan manakala dibantu oleh 2 orang kru. Acara tersebut dilangsungkan semasa waktu persekolahan termasuklah sesi penyesuaian pentas. Jadi, ribuan terima kasih kepada guru-guru ADG dan juga pihak pengurusan sekolah kerana bertindak dengan sewajarnya agar ADG dapat melakukan persembahan di samping tidak mengabaikan pembelajaran.
Laporan oleh Ketua Kontijen:
Jimmy Peter
Berikut merupakan gambar-gambar yang telah di ambil sebelum, semasa dan selepas majlis pelancaran tersebut. Termasuk juga video ‘Tarian Sembah Gading.’





Sepanjang lima hari pertama persekolahan, ADG belum membuat apa-apa latihan. Tengahari pada hari Jumaat, pihak pejabat sekolah tiba-tiba menerima panggilan dari Pejabat Daerah Lundu yang ingin berbincang dengan guru penasihat ADG berkenaan hasrat mereka untuk mendapatkan khidmat ADG untuk mempersembahkan satu tarian di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat oleh Y.B. Datuk Seri Panglima Hj Lajim Bin Hj Ukin – Timbahan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Amar Hj Adenan Bin Hj Satem – Ahli Dewan Undangan Negeri N.13 Tanjung Datu dan YB Encik Ranum Ak Mida – Ahli Dewan Undangan Negeri N.1 OPAR. Persembahan ini akan diadakan pada 16 Januari 2010, 7.30 malam, di Perkarangan Pasar Tamu Lundu.



Program Bimbingan Seni Budaya telah dijalankan di SMK Lundu selama 3 tahun, di bawah kelolaan Sektor Kebudayaan – Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan (KPKK). Bagi melayakkan pelajar yang mengikuti program ini untuk mendapatkan sijil, terlebih dahulu mereka mesti menduduki ujian bertulis dan amali.






ADG ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam yang merayakannya.
